Social Icons

Pages

Featured Posts

Klik Gambar Untuk Selanjutnya

Klik Gambar Untuk Selanjutnya

Klik Gambar Untuk Selanjutnya

Followers

NetworkedBlogs

Thursday, June 15, 2017

TU DIA !!! #PAKATANHARAPAN DI AMBANG KEHANCURAN ???


Bila melihat apa yang berlaku di kalangan parti-parti pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan,penulis tersenyum sendirian.Kelibat bekas Perdana Menteri bersama mereka sememangnya menjadi ‘duri dalam daging’.Penulis yakin,semua pemimpin utama DAP,PKR dan PAN sangat kenal dengan warga emas itu.Mereka kenal sangat betapa liciknya permainan politik ‘diktator’ yang pernah mendera mereka berpuluh tahun itu.Yang baru mungkin kurang kenal,tapi yang lama rasanya kenal sangat…Bahkan,bukan saja pemimpin parti pembangkang yang kenal dia, malah hampir semua pemimpin UMNO dan BN tahu betapa liciknya ‘Maverick’ yang pernah dituduh bertanggungjawab melesapkan hampir RM100 bilion wang negara.Itu semua bukan perkara baru, ‘dah lama dah’. 

Pengalaman selama 22 tahun mengajar kita tentang corak dan gaya politiknya. Jutaan manusia pernah ‘dikencing’,jutaan rakyat pernah dipermainkan,jutaan rakyat juga pernah ‘dibuli’ lelaki yang pernah digelar ‘maha firaun’ itu.Maka kini tidak hairanlah apabila ada di kalangan pemimpin PKR yang dapat menghidu permainan politiknya terhadap Pakatan Harapan. Mulannya dia bermain ‘layang-layang’, namun kini dia seolah-olah bermain ‘tarik tali’.Mungkin tidak lama lagi dia akan jadi seorang ‘pemancing’ pula, bukan? PKR nampaknya seolah dapat membaca buah catur bekas Perdana Menteri itu. Dia konon berbaik-baik untuk diterima. Dia rendahkan ego sehingga ke tahap sanggup hadir ke majlis parti yang berpuluh tahun dia hentam siang dan malam. Dia sanggup jilat segala ludah berkahak hijau, dia sanggup lakukan apa saja untuk diterima masuk di dalam Pakatan Harapan. Kalau boleh, mungkin dia juga sanggup jilat tapak kaki Kit Siang dan Anwar Ibrahim yang dulu pernah dia malukan seantero dunia.Dan kini, dia cuba mencadangkan diri untuk kembali jadi Perdana Menteri? Dia fikir pengaruhnya kini sudah cukup ampuh bagai dulu untuk menundukkan taiko-taiko DAP, PKR dan PAN? Dia fikir parti ‘cap bunga’ sudah cukup kuat untuk ‘makan’ Pakatan Harapan? Pada pandangan penulis, langkahnya kini terlalu sumbang, seolah-olah terlalu terdesak untuk mengepalai Pakatan Harapan sebagaimana dia mengapalai BN dahulu. Dia terlalu yakin DAP, PKR dan PAN akan akur taat saja pada ‘perintahnya’? 

Pada hemat penulis,dia silap besar! Dia mungkin benar-benar menyangka DAP,PKR dan PAN lupa pada segala ‘dosanya’? Apakah dia lupa bahawa parti-parti itu dikemudi oleh mereka-mereka yang pernah dia dera dulu? ‘Alzheimer’nya kembali menyerang? Jangan mimpilah untuk dia memperkudakan parti-parti di dalam Pakatan Harapan,khususnya DAP. Dia fikir DAP bodoh? Pada penulis, DAP bukan saja sedang mentertawakan ‘seekor kuda tua’, malah mereka akan ‘ajar kuda tua’ itu secukup-cukupnya sebelum terlambat. Pakatan Harapan juga tahu betapa dungunya pengikut-pengikut parti ‘cap bunga’ yang menyokong warga emas itu membuta tuli. Ketaksuban itu juga akan memberikan bonus untuk mereka perkudakan sekali dengan pengikut-pengikutnya yang mentah itu… Anak warga emas itu? Berapa lama lagi agaknya warga emas itu akan bernyawa? Mungkin apabila tiba saatnya kelak, anak warga emas itu akan ‘dibenam’ habis-habisan ke dasar yang paling dalam. Politik sememangnya kejam bukan? Kejam bagai bekas seorang ‘diktator’… Justeru itu,penulis suka menyarankan supaya warga emas itu bertaubat nasuha, kembali ke tikar sejadah sebagaimana yang dinasihatkan ramai pihak yang kasihan melihat dirinya.Sempena bulan yang mulia ini, ambillah iktibar sebelum terlambat.Kejarlah akhirat setelah sekian lama memperhambakan diri kepada dunia…


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! 10 FAKTA #PULAUPINANG BAWAH #DAP NEGERI YANG GAGAL DI #MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!


Sejak 2008,Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang,banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh penduduk di negeri berkenaan.Semakin lama,semakin banyak yang terdedah.Sekali gus menunjukkan kegagalan Guan Eng serta DAP memerintah Pulau Pinang.Kerajaan DAP telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal.Berikut adalah 10 fakta tanda Pulau Pinang adalah negeri yang gagal. 

1 - Ketua Menteri yang terlibat dalam kes rasuah.Guan Eng telah didakwa pada 30 Jun 2016,atas pertuduhan rasuah.Kes rasuah di mahkamah belum selesai tetapi masih tidak malu menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri. 

2 - Tanah di negeri itu habis digadai.Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni.Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion.Sejak 2008,aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion. 

3 - Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi.Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun.Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.

4 - Industri Kilang Tutup,Pekerja Dibuang.Beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur kini semakin goyah.Ini kerana sembilan kilang dijangka berpindah. Kilang Western Digital & Seagate sahaja telah buang 3,000 orang pekerja.6,000 lagi dibuang di kilang kilang lain yang ditutup dan berpindah. 

5 - Pelaburan makin kurang.Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia,MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Penang.Pada Januari hingga Ogos 2016,pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.

6 - Masalah banjir tidak selesai.Pada 15 Disember 2013,Malaysiakini,Guan Eng kata akan selesaikan masalah banjir dalam tempoh sepenggal sahaja. ADUN DAP Tanjong,Ng Wei Aik pernah cakap mahu selesai masalah banjir dalam masa 9 bulan sahaja pada tahun 2008.Banjir terus berlaku di Penang sampai tahun 2017.Sejak 2011, sudah RM38 juta dibelanjakan kerajaan DAP Penang untuk atasi banjir. Dalam Bajet 2017 menerusi duit kerajaan pusat, RM150 juta lagi diberikan untuk atasi banjir. Ke mana hilang semua duit ini ??? 

7. Kerajaan Penang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta.Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun. 

8. Pertumbuhan ekonomi Penang lembab.Purata gaji pekerja di Penang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional,RM2,463. KDNK Penang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Penang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.

9. Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat.Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang.Sesatunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang.Cukai katil,caj plastik 20 sen,cukai pintu naik 14.29% pada 2015,sewa warung naik dan harga rumah naik.Inilah  padah yang rakyat Penang dapat. 

10 - 33 Manifesto "Just Change" pada 2008 & 51 projek gagal.Manifesto pada 2008 tidak ditunaikan.51 janji projek pembangunan juga gagal dilaksanakan kerajaan DAP Penang.Itu belum lagi disentuh soal kroni Guan Eng yang kuasai kerajaan negeri.Isteri Guan Eng iaitu Betty Chew pernah dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) serta harta bumiputra dan zakat yang dikebas. 

10 perkara ini sudah jelas menunjukkan DAP telah gagal tadbir Pulau Pinang.Guan Eng telah jadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal sepenuhnya.Bolasepak pun gagal juga.Rakyat Pulau Pinang kena berubah.Serik seriklah undi DAP di Penang.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, June 14, 2017

FAKTA !!! #DAP NAK #ANWARIBRAHIM #DSAI ATAU #TUNMAHATHIR #TUNM ??? TOLONG JAWAB !!!


11 Jun 2017,Malaysiakini menulis "Anwar dipersetujui jadi Ketua Umum Harapan".Ini merupakan cerita dalaman tentang apa isi kandungan perbincangan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung pada Jumaat,9 Jun 2017.Nampaknya,perbincangan itu masih lagi buntu dan gagal memuktamadkan siapa sebenarnya calon PM bagi pihak Pakatan Harapan.Seminggu sebelum itu mereka mesyuarat perkara yang sama di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 Jun 2017.

9 Jun 2017,Zaid Ibrahim, yang kini bersama dalam DAP menyatakan PPBM patut ketuai Pakatan Harapan.Cadangan ini ditolak oleh PKR.Keputusan rasmi tidak diumumkan,bermakna sudah berkali kali mesyuarat pun,mereka masih lagi gagal berpakat sesama mereka.DAP nampaknya cenderung untuk memilih Anwar.Kit Siang sudah angkat plakad sokong Anwar Ibrahim jadi PM yang ke-7.Namun dalam masa yang sama Mahathir masih lagi mahu memujuk dan menagih simpati DAP untuk menyokongnya menjadi PM sekali lagi.Kali pertama Mahathir cakap mahu jadi Perdana Menteri ialah pada 1 Jun lepas,dalam satu temubual di Facebook dan kali kedua dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review,Jepun pada 6 Jun lalu.Sampai pergi ke Jepun pun,mengulang lagi niat hendak jadi PM.Anwar masih lagi di dalam penjara.Cerita RM9.5 juta ini sengaja diadakan semata mata untuk beri harapan untuk membebaskan Anwar. PKR pun buat bermacam cara bagi menunjukkan Anwar masih relevan dan kuat.Maka timbullah cerita untuk melantik Anwar pula sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan.Jawatan yang dulu diwujudkan dalam PKR itu,mahu dibuat sama dalam Pakatan Harapan. Dalam satu kenyataan semalam, pemimpin 51 tahun DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Anwar yang ketika ini masih dipenjarakan, tetap menjadi pilihan untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri jika PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. 

Bagaimanapun,kerana dia masih menjalani hukuman kerana jenayah meliwat, orang lain perlu dipilih untuk mejadi Perdana Menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan dan dari bunyi kenyataan Kit Siang,orang itu tetap bukannya Mahathir.Mungkin DAP sudah nampak keupayaan sebenar Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.Parti yang baru setahun jagung tubuh pun tidak ke mana mana.Ramai yang lari, keluar parti,gaduh sama sendiri dan mulai pertikai kekayaan Mahathir dan skandal Muhyiddin.PPBM tuduh kononnya exco Armada itu diupah oleh pihak UMNO untuk buat kenyataan media. Tuduhan yang sama pernah dilempar pada Cikgu Kamarul,Setiausaha Kerja PPBM yang juga keluar PPBM.Tuduhan itu hanya tinggal tuduhan.Tiada bukti dan hanya mahu mengelak menjawab soalan sebenar yang ditanya exco Armada itu. Boleh jadi PKR yang upah exco Armada ini untuk menunjukkan PPBM lemah dan tidak kuat. Boleh jadi juga. Musuh utama PKR kini bukannya UMNO, tetapi Mahathir.Musuh dan penghalang utama Mahathir hendak jadi PM semula bukannya UMNO, tetapi PKR. 

Jika sanggup reka cerita RM9.5 juta untuk bebaskan Anwar,PKR juga sanggup reka cerita RM5 juta dibayar Mahathir kepada Musa Hassan pada kes liwat 1999,juga kerana untuk bebaskan Anwar.Sekarang ini,PPBM dan PKR berlumba lumba hendak memujuk hati DAP.Apa pun berlaku,DAP lah yang buat keputusan.DAP adalah "king maker" dalam Pakatan Harapan.soal lukisan logo pun,DAP yang tentukan menerusi Teresa Kok.Apatah lagi soal siapa hendak jadi PM.Kenapa DAP yang tentukan ??? DAP yang paling banyak kerusi dan berkuasa.DAP juga ada agenda lain selepas itu. Sesiapa pun naik,DAP akan pergunakan,kerana mungkin selepas itu orang yang jadi PM adalah DAP.Jangan cuba cuba menukar kerajaan di Putrajaya.Silap sekali,bukan boleh ditukar lagi. Menangis air mata darah pun tiada guna lagi jika DAP sudah kuasai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.Kuasa di tangan DAP, Anwar atau Mahathir ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates