Social Icons

Pages

Thursday, September 15, 2016

SKANDAL DENGAN #NIKAGEE !!! BILA #MUHYIDDIN NAK SAMAN #TENGKUSARIFUDDIN ???


Dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini,setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Tengku Sarifuddin dengan lantangnya telah menyentuh mengenai kredibiliti Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Pribumi,yang telah musnah akibat akuan bersumpah (SD) mengenai Nika Gee.SD itu telah menyebut bahawa Muhyiddin telah bertahun-tahun melakukan kecurangan dengan isteri kepada lelaki lain.Ia bukan pertama kali Tengku Sarifuddin menyebut mengenai akuan bersumpah dan kecurangan antara Muhyiddin dengan isteri orang,sebaliknya sudah banyak kali.Tengku Sarifuddin turut menggelar Muhyiddin sebagai presiden boneka yang terpaksa tunduk kepada Anwar Ibrahim,selepas Mahathir Mohamad sudah berbaik dengan Anwar.Keadaan ini mencetuskan persoalan kenapa Muhyiddin tidak menyaman Tengku Sarifuddin atas dakwaan berkenaan jika ia terbukti tidak benar ??? Muhyiddin selalu mencabar orang lain melakukannya (saman) tetapi beliau sendiri tidak bertindak demikian.Beliau pernah mencabar Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menyamannya jika dakwaan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilontarkannya tidak benar. 

Tetapi beliau pada masa sama tidak pula berbuat demikian ketika maruahnya dipijak-pijak susulan dakwaan mempunyai hubungan dengan Nika.Tindakan Muhyiddin yang mengambil sindrom berdiam diri daripada memperkatakan mengenai Nika dan tuduhan itu,seolah-olah menunjukkan bahawa dakwaan berkenaan adalah benar.Bukan sahaja Tengku Sarifuddin malah Muhyiddin juga perlu menyaman orang lain juga termasuk pembuat akuan bersumpah itu sendiri iaitu bekas suami Nika,Stanley Clement Agustin. Jika tidak mahu mengambil tindakan undang-undang pun,sekurang-kurangnya Muhyiddin boleh menjadikan pentas ceramah untuk memberikan pencerahan kepada orang ramai tetapi ia langsung tidak berlaku.Ataupun Muhyiddin boleh menjunjung Al-Quran bagi menafikan tuduhan tersebut.Beliau sanggup mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk memburukkan Perdana Menteri tetapi kenapa dalam isu ini,Muhyiddin tidak pula melakukan perkara sama. 

Atas sebab itu,ramai yang membangkitkan persoalan kenapa beliau mendiamkan diri.Peluang yang ada tidak digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan diri.Sekitar Jun lalu,penulis blog,Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen SD seorang lelaki,Standley mendakwa wujud hubungan antara isterinya,Nika terbabit dengan Muhyiddin.Dakwa Standley dalam SD tersebut,isterinya mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh ber­kenaan menjadi Menteri Besar Johor.Stanley dan Nika pada 6 September lalu telah sah bercerai dengan pembubaran perkahwinan itu dilakukan di Mahkamah Tinggi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates